Tuesday 30 December 2014

Bacaan diantara dua sujud


Do’a itu adalah DO’A DIANTARA DUA SUJUD, marilah kita renungi maknanya :


√ ROBIGHFIRLII, Wahai Tuhan ampunilah dosaku. Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke ridho Allah. Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.


√ WARHAMNII, Sayangilah diriku. Kalau kita disayang Alllah, hidup akan terasa nyaman, karena dengan kasih sayang akan dapat dicapai semua cita2. Dengan kasih sayang Allah nafsu kita akan terbimbing.

√ WAJBURNII, Tutuplah segala kekuranganku. Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, kurang bisa menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekeurangan kita ditutup/diperbaiki Allah, maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.


√ WARFA’NII, Tinggikanlah derajatku. Kalau Allah sudah meninggikan derajat kita, maka pasti tidak ada manusia yang bisa menghinakan kita.


√ WARZUQNII, Berikanlah aku rizki, sebagai hamba Allah kita membutuhkan rizki. Allah mampu mendatangkan rizki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.


√ WAHDINI, Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan. Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah.


√ WA’AAFINII, Berikanlah aku kesehatan. Apabila kita sehat kita bisa menambah kebaikan dan manfaat serta tidak menjadi beban oranga lain. “Health is not everything, but without health everything is nothing.”


√ WA’FUANNII, Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan. Kita awali do’a ini dengan mohon ampun dan kita akhiri dengan permohonan agar catatan dosa kita dihapus. Sehingga kita benar-benar bersih dari dosa seperti bayi yang baru lahir.


Allah memerintahkan kita untuk membaca do’a itu, Rasulullah mencontohkan kepada kita, menurut logika do’a tersebut pasti terkabul. TAPI PERSOALANNYA “DIMANA HATI DAN PIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DO’A ITU ?”


RASULULLAH MENGINGATKAN KITA BAHWA, “ALLAH TIDAK AKAN MENGABULKAN DO’A YANG KELUAR DARI HATI YANG LALAI.”


SEMOGA BERMANFAAT.

Monday 1 December 2014

Kursus Pengurusan Jenazah 2013

Sejarah Tulisan Jawi

Sejarah Tulisan Jawi

Sejarah سجاره[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal سجاره اول[sunting | sunting sumber]


Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.
Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaanIslam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca paga nga va dannya[5][6]
Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada Kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik.[7][8][9] Barangkalinya, mereka yang memeluk agama Islam memilih untuk menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan kebudayaan Islam, daripada menggunakan tulisan Jawa yang diterbitkan daripada sistem-sistem tulisan yang digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia Selatan. Nama "Jawi" membayangkan akar umbinya di Jawa, bak hujah sesetengah ilmuwan.[10] Bagaimanapun, oleh sebab tidak banyak ditemui meskipun memang pernah digunakan di Jawa, kemungkinan besar perkataan Jawi ini merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Jawa.[11] Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca daripada kerajaan Javaka kuno yang merupakan pendahulu kerajaan-kerajaan Majapahit dan Srivijaya yang pernah menjalin hubungan dengan saudagar dan mubaligh Arab.[12]
Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M (702 H) dan juga Syair Bidasaritulisan sekitar 1300–1399 M yang ditemui di Sumatera,[13] sementara penggunaan terawal abjad Rumi untuk bahasa Melayu datang dari akhir abad ke-19.
Kawasan Terengganu berada dalam lingkungan pengaruh Srivijaya selewat abad ke-13, sementara Kesultanan Terengganu hanya diasaskan seawal abad ke-18. Ini menguatkan hujah bahawa tulisan Jawi berasal dari Jambi[14] oleh kerajaan abdi Pasai di bawah Srivijaya.[11][14]

http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tulisan_Jawi&oldid=3492063

Program

Tuesday 18 November 2014

Link pantas


1. APDM
http://apdm.moe.gov.my

2. ePangkat
http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php

3. SSDM
http://apps.moe.gov.my/SSDM/

4. EMiS
http://emisonline.moe.gov.my

5. eOperasi
http://apps.moe.gov.my/eoperasi/

6. egTukar
http://apps.moe.gov.my/epgo/

7. SAPS
http://sapsnkra.moe.gov.my

8. SPS
https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp

9. eGaji
http://www.anm.gov.my

10. esppsel
http://apps.moe.gov.my/esppsel/admin/ 

11. SPSK
http://jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv3

12. SPKS
http://apps.moe.gov.my/spks/

13. EgHrmis
http://www.eghrmis.gov.my

14. ekasih
http://www.kpwkm.gov.my/ekasih 

15. eNazir SKPM 2003
http://web.moe.gov.my/enazir/ 

16. NKRA
http://nkra.moe.gov.my


Monday 22 September 2014

Taman Palma , info dan Jam matahari

Arecaceae (kekadang dikenali sebagai Palmae, satu nama alternatif yang sah, atau sebagai Palmaceae yang merupakan nama tidak sah [1]) atau famili palma ialah satu famili pokok berbunga daripada Arecales, satu susunan monokotiledon.
Terdapat lebih kurang 202 genus yang kini dikenali, dengan lebih kurang 2,600 spesies. Kebanyakan daripada spesiesnya dihadkan ke kawasan iklim tropika dan subtropika. Di kalangan famili tumbuhan, Arecaceae merupakan famili yang paling mudah dikenal pasti oleh kebanyakan orang. Kebanyakan pokok palma dibezakan dengan daun-daun besar, malar hijau, dan majmuk yang diatur di atas batang yang tidak bercabang. Bagaimanapun, banyak pokok palma merupakan kekecualian kenyataan ini, dan pokok palma sebenarnya menunjukkan kepelbagaian yang meluas dari segi ciri fizikal. Selain daripada kepelbagaian morfologi, pokok palma juga hidup di hampir setiap habitat dalam jangkauannya, dari hutan hujan hingga ke gurun.
Pokok palma merupakan salah satu daripada pokok yang paling dikenali dan yang paling ditanam secara meluas. Pokok ini memainkan peranan yang penting untuk manusia dalam kebanyakan sejarah, bermula dengan Mesopotamia kuno. Banyak keluaran dan makanan biasa berasal daripada pokok palma, dan pokok palma juga digunakan secara meluas dalam seni tamandisebabkan bentuknya yang eksotik dan oleh itu, telah menyebabkannya menjadi salah satu daripada tumbuhan yang penting dari segi ekonomi. Dalam banyak budaya sejarah, pokok palma merupakan lambang untuk gagasan seperti kemenangan, keamanan, dan kesuburan. Pada hari ini, pokok palma masih merupakan lambang sejagat yang popular untuk kawasan tropika dan percutian.[2].

Ahli Falsafah Islam
Tokoh Abu Al-Nasr Al-Farabi (محمد فارابی) atau dikenali sebagai "Al-Farabi" juga Alpharabius di dunia Barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Islam yang hebat di dalam dunia Islam pada awal Zaman Pertengahan. Beliau juga terkenal sebagai ahli kosmologi, logik dan muzik. Beliau hidup antara tahun 870 - 950 M. Dia berasal dari Farab, Kazakhstan.
Al-Farabi mendapat gelaran di kalangan sarjana Muslim sebagai "Guru Kedua", yakni pewaris Aristotle, "Guru Pertama", melalui ulasan dan treatis karangannya.

Jam matahari ialah sebuah peralatan yang menunjukkan waktu berdasarkan kedudukan matahari. Pembuatan jam matahari secara umumnya adalah untu memanfaatkan bayang yang menimpa permukaan rata yang ditandakan dengan jam-jam dalam satu hari. Selari dengan perubahan pada kedudukan matahari, waktu yang ditunjukkan oleh bayangan tersebut turut berubah. Pada asasnya, jam matahari dapat dibuat menggunakan segala jenis permukaan yang ditimpa bayang yang dapat tentukan kedudukannya.
Sebahagian besar jam matahari menunjukkan waktu matahari nyata. Dengan perubahan kecil, jam matahari turut dapat mengukur waktu piawai serta waktu musim panas.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.