Monday 22 September 2014

Taman Palma , info dan Jam matahari

Arecaceae (kekadang dikenali sebagai Palmae, satu nama alternatif yang sah, atau sebagai Palmaceae yang merupakan nama tidak sah [1]) atau famili palma ialah satu famili pokok berbunga daripada Arecales, satu susunan monokotiledon.
Terdapat lebih kurang 202 genus yang kini dikenali, dengan lebih kurang 2,600 spesies. Kebanyakan daripada spesiesnya dihadkan ke kawasan iklim tropika dan subtropika. Di kalangan famili tumbuhan, Arecaceae merupakan famili yang paling mudah dikenal pasti oleh kebanyakan orang. Kebanyakan pokok palma dibezakan dengan daun-daun besar, malar hijau, dan majmuk yang diatur di atas batang yang tidak bercabang. Bagaimanapun, banyak pokok palma merupakan kekecualian kenyataan ini, dan pokok palma sebenarnya menunjukkan kepelbagaian yang meluas dari segi ciri fizikal. Selain daripada kepelbagaian morfologi, pokok palma juga hidup di hampir setiap habitat dalam jangkauannya, dari hutan hujan hingga ke gurun.
Pokok palma merupakan salah satu daripada pokok yang paling dikenali dan yang paling ditanam secara meluas. Pokok ini memainkan peranan yang penting untuk manusia dalam kebanyakan sejarah, bermula dengan Mesopotamia kuno. Banyak keluaran dan makanan biasa berasal daripada pokok palma, dan pokok palma juga digunakan secara meluas dalam seni tamandisebabkan bentuknya yang eksotik dan oleh itu, telah menyebabkannya menjadi salah satu daripada tumbuhan yang penting dari segi ekonomi. Dalam banyak budaya sejarah, pokok palma merupakan lambang untuk gagasan seperti kemenangan, keamanan, dan kesuburan. Pada hari ini, pokok palma masih merupakan lambang sejagat yang popular untuk kawasan tropika dan percutian.[2].

Ahli Falsafah Islam
Tokoh Abu Al-Nasr Al-Farabi (محمد فارابی) atau dikenali sebagai "Al-Farabi" juga Alpharabius di dunia Barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Islam yang hebat di dalam dunia Islam pada awal Zaman Pertengahan. Beliau juga terkenal sebagai ahli kosmologi, logik dan muzik. Beliau hidup antara tahun 870 - 950 M. Dia berasal dari Farab, Kazakhstan.
Al-Farabi mendapat gelaran di kalangan sarjana Muslim sebagai "Guru Kedua", yakni pewaris Aristotle, "Guru Pertama", melalui ulasan dan treatis karangannya.

Jam matahari ialah sebuah peralatan yang menunjukkan waktu berdasarkan kedudukan matahari. Pembuatan jam matahari secara umumnya adalah untu memanfaatkan bayang yang menimpa permukaan rata yang ditandakan dengan jam-jam dalam satu hari. Selari dengan perubahan pada kedudukan matahari, waktu yang ditunjukkan oleh bayangan tersebut turut berubah. Pada asasnya, jam matahari dapat dibuat menggunakan segala jenis permukaan yang ditimpa bayang yang dapat tentukan kedudukannya.
Sebahagian besar jam matahari menunjukkan waktu matahari nyata. Dengan perubahan kecil, jam matahari turut dapat mengukur waktu piawai serta waktu musim panas.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Sunday 21 September 2014

Mohon Restu Ilmu PMR 2013









Jom Ke Surau


Surau adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang Islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat (perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau adalah pusat aktiviti umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai definasi Surau. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah (ejaan Inggeris). Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula bererti tempat bersolat.



Album 2014




Friday 12 September 2014

Info Solat

         
          

Khat

        

Khat atau kaligrafi (dari bahasa Greek κάλλος kallos "cantik" + γραφή graphẽ "tulisan") ialah sejenis seni visual. Ia sering digelar seni dalam penulisan (Mediavilla 1996: 17). Takrifan semasa bagi amalan khat adalah "seni bagi memberi bentuk bagi tanda dalam bentuk gambaran, harmoni dan kemahiran" (Mediavilla 1996: 18). Kisah penulisan merupakan satu evolusi kecantikan estetik dibingkai dengan kemahiran teknikal, kepantasan penyampaian dan kekangan material seseorang, masa dan tempat (Diringer 1968: 441). Gaya penulisan digelar skrip, atau huruf (Fraser and Kwiatkowski 2006; Johnston 1909: Plate 6).
Khat moden berbeza antara gambaran huruf tangan dan reka bentuk berfungsi kepada hasil seni halus di mana gambaran abstrak tanda tulisan tangan mungkin atau tidak dikaburkan tulisannya (Mediavilla 1996). Khat klasik berbeza dari tipograf dan tulisan tangan klasik-baru, melalui khat mungkin mencipta semua ini; huruf berdisplin segi sejarah akan tetapi mengalir dan spontan, diperkemas ketika menulia (Pott 2006 and 2005; Zapf 2007 and 2006).
Seni khat terus berkembang dalam bentuk jemputan perkahwinan dan majlis, reka bentuk fon/tipografi, reka bentuk tulisan tangan asallogo, seni keagamaan, pengumuman/reka bentuk grafik/khat ditempah, ukiran tulisan batu dan dokumen peringatan. Ia juga digunakan sebagai prop dan iemj bergerak bagi filem dan televisyen, persaksian, sijil kelahiran dan kematian/peta, dan hasil kerja lain yang membabitkan penulisan (sebagai contoh lihat Letter Arts Review; Propfe 2005; Geddes and Dion 2004).
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Thursday 11 September 2014

Pohon Ilmu

      

Sudut Jawi

         

Tulisan Jawi (توليسن جاوي), juga dipanggil Yawi di Pattani. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf Jawi.[1][2] Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.[3][2]
Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif diMalaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di FilipinaPattani di ThailandKelantandi Malaysia[4] dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia

Sudut Pengurusan Jenazah

       

Info Cendekiawan Islam


         

          

Saturday 6 September 2014

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

 OBJEKTIF
-Menarik minat pelajar untuk solat berjemaah di surau.
-Menarik minat warga sekolah untuk mengiramahkan surau.
-Menjadikan surau tempat ibadah dan pendidikan.

MATLAMAT
-Menjadikan pelajar yang menghayati fardu ain dan fardu kifayah                                    dengan sempurna.
-Melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia.
-Membudayakan islam di kalangan warga sekolah.


SURAU Ar Rahim